Apa itu ATTACHMENT? Apa itu BC dan CC? Apakah yang dimaksudkan dengan Signature??
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Alhamdulillah kelas pertama untuk Komputer Dalam Pendidikan (GGE1155) pada minggu kedua kuliah yang diadakan di Makmal 4 yang terletak berdekatan dengan Dewan Budiman di Fakulti Pendidikan, UKM. Satu pengalaman yang amat menyeronokkan ketika berada di FPEND ini serta sempat mengenali pensyarah kami yang baik lagi mesra iaitu Cik Mazalah Binti Ahmad. Pada minggu ini, kami diminta untuk :-
1. Menjawab kertas soal jawab berkenaann dengan bidang pengkomputeran yang sangat menguji minda para pelajar sekalian
2. Membahagikan kumpulan kepada tiga orang bagi setiap kumpulan dimana kumpulan-kumpulan ini akan kekal sehingga akhir semester dalam menyiapkan tugasan serta kerja yang pelbagai sepanjang semester satu ini
3. Setelah selesai membahagikan kumpulan, saya terpilih mewakili Kumpulan 4 dimana terdiri daripada dua orang lagi sahabat saya
Kami juga mula diberi tugasan secara individu oleh pensyarah kami dimana setiap pelajar haruslah :-
1. Mencipta satu account gmail menggunakan id login dan kata laluan masing-masing
2. Setelah selesai, kami diminta membuat signature sendiri dengan meletakkan nama penuh, no matrik, alamat institusi dan no telefon. Proses ini dibuat pada setting yang terdapat di gmail sehingga selesai dan wajib click simpan agar segala maklumat
tidak hilang untuk masa yang akan datang
3. Selain itu, kami perlu menyalin dan meminta 5 email address daripada rakan-rakan yang lain sebagai ucapan salam perkenalan dengan click pada compose dan menulis email address rakan-rakan yang diminta. Kami juga didedahkan cara untuk
menghantar ucapan salam perkenalan tersebut serentak dengan click pada CC dan BC dan seterusnya menaip subject serta ucapan yang ingin dihantar seperti 'hai syafiqah. salam perkenalan daripada saya fitri' dan akhirnya click pada send untuk dihantar ke 5 email address tersebut
4. Kami diminta menyemak sama ada ucapan salam perkenalan tersebut dihantar dengan betul kepada email address yang diminta
Sebagai penutup untuk Kuliah Minggu Ke 2 ini, Cik Mazalah meminta kami semua untuk menghantar email kepada beliau dengan memberi tajuk tugasan iaitu pengalaman mula-mula pelajar mengenali, mempelajari bidang pengkomputeran dan apakah yang diharapkan oleh para pelajar dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan ini. Tanpa berlengah, saya terus menaip tentang pengalaman pertama saya mengenali bidang pengkomputeran dan harapan saya dalam subjek ini dengan serba ringkas dan menarik seterusnya menghantar kepada email address Cik Mazalah.
Salam Ikhlas dari saya.
Sekian, Terima Kasih :)