Instrumen dan Dapatan Kajian !!!
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Pejam celik pejam celik kita dah sampai ke minggu ke-10. Bermakna ada lagi empat (4) minggu sebelum final exam??? ohh tidak. satu deraan dan gangguan emosi. ehehhee.. walaubagaimanapun akan cuba yang terbaik dalam menjawab soalan kelak.Okay, kita beralih kepada fokus utama iaitu kelas Komputer Dalam Pendidikan. Pada minggu ini, seperti biasa kelas dimulakan dengan pembentangan daripada kumpulan ketiga (3) dengan tajuk Perisian Sumber Terbuka dimana tanpa kita sedar kita sudah dan sering menggunakan perisian tersebut tanpa kita tahu ianya merupakan Perisian Sumber Terbuka serta yang lebih menarik tiada sebarang caj digunakan untuk penggunaan. Perisian Sumber Terbuka bermaksud perisian yang bebas digunakan oleh semua orang tidak kira masa, tempat dan hari dimana ianya terdiri daripada beberapa kod tertentu dan diakui serta disahkan oleh Lesen Sumber Terbuka. Antara ciri-ciri Perisian Sumber Terbuka adalah seperti berikut :-
a. Tidak perlu sebarang royalti ataupun bayaran dimana lebih kepada pengedaran semula bebas
b. Terdapat beberapa kod sumber bergantung kepada perisian
c. Kos mendapatkan perisian juga murah dan rendah serta mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja
Tujuan Perisan Sumber Terbuka pula adalah :-
a. Memudahkan dan mempercepatkan urusan harian
b. Menyumbang kepada pendapatan negara
c. Memastikan keselamatan dan kedaulatan negara
d. Menjimatkan kos penyelenggaraan laman web atau aplikasi web
e. Pelajar juga dapat berkongsi maklumat antara satu sama lain
f. Mewujudkan industri perisian tempatan yang mampu berdaya saing antara satu sama lain
Contoh Perisian Sumber Terbuka : GOM player, VLC, Media Player, Google Chrome, Mozilla, Gmail, Google Drive

Setelah selesai pembentangan tersebut, kami diminta duduk dalam kumpulan dan mula berbincang untuk menyelesaikan dapatan kajian dan istrumen kajian berkenaan tajuk kami iaitu Kemahiran Abad Ke-21. Untuk dapatan kajian secara keseluruhan kami telah mendapat sebanyak tiga puluh (30) orang responden ataupun terdiri daripada pelajar Fakulti Pendidikan sendiri yang telah banyak bekerjasama dan meluangkan sedikit masa dalam menjawab soal selidik kami. Selain itu, kami juga diminta mengasingkan dan mengira berapa ramai responden berdasarkan tahap dan status berdasarkan persoalan utama kajian kami antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, kami telah sepakat dengan membahagikan tahap dan status tersebut seperti di bawah :-
A. Tahap : Sangat Mahir
Status : 25
B. Tahap : Sederhana Mahir
Status : 21 - 24
C. Tahap : Mahir
Status : 16 - 23
D. Tahap : Kurang Mahir
Status : 11 - 15
E. Tahap : Sangat Tidak Mahir
Status : 5 - 1
Tahap dan Status dibuat dengan membuat rujukan pada borang soal selidik kami dengan mengira berdasarkan jawapan yang telah diberi oleh para pelajar berkenaan dengan Kemahiran Abad Ke-21. Tidak berhenti setakat disitu, kami diminta untuk membuat instrumen kajian berdasarkan setiap persoalan kajian yang ditanya dalam borang soal selidik. Instrumen Kajian meliputi carta yang menunjukkan jumlah dan perbezaan antara satu jawapan ke satu jawapan yang lain. Konklusinya, hasil darpada dapatan dan istrumen kajian yang telah dibuat, kami dapati rata-rata pelajar yang menjawab soal selidik kami berkenaan tajuk Kemahiran Abad Ke-21 memberikan dan memilih jawapan yang tepat berdasarkan objektif kajian yang ingin dicapai. Kebanyakan mereka faham dan sedar akan tahap penggunaan ICT terhadap diri masing-masing dan setiap persepsi yang mereka berikan amat berkaitan dengan tajuk kajian kami ini iaitu Pemahaman Tentang Kemahiran ICT Pada Abad Ke-21 Dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Salam Ikhlas daripada saya,
Sekian, Terima Kasih.