KEMAHIRAN ABAD KE 21 (21st century skills)
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Bertemu kita lagi dalam minggu yang ke 5. Diharapkan rakan-rakan semua berada dalam kesihatan yang sihat hendaknya dan masih lagi bersemangat meneruskan sesi pembelajaran di UKM yang penuh cabaran dan dugaan ini. hehe. Semakin hari semakin kita membiasakan diri dengan keadaan sekeliling termasuklah bersama-sama dengan para pelajar dan para pensyarah yang baik hati lagi bijaksana. Pada minggu ini, kami diminta memilih beberapa tajuk mengikut kumpulan dan terdapat lima (5) tajuk iaitu :-
- Kemahiran Abad ke 21 (21st Century Skills)
- Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
- Kemahiran Berfikir dalam ICT (Thinking Skills and ICT)
- Keselamatan Internet dan Komputer (Internet and Computer Security)
- Perisian asal dan berlesen (Original and Licensing Software)
Saya sebagai wakil dari kumpulan empat (4) diminta mencabut undi bagi kumpulan kami dan tajuk yang diberikan adalahh Kemahiran Abad ke 21 (21st Century Skills). Pelbagai aspek kita boleh kenal melalui tajuk ini dan segala aspek tersebut akan kami kupas dan perbentangkan pada minggu ke lapan (8) bersama ahli kumpulan. Antara serba sedikit yang saya tahu mengenai tajuk ini seperti alat komunikasi. Walaupun banyak lagi Kemahiran Abad ke 21 yang berguna pada zaman sekarang suka saya ingatkan saya suka ingin mengulas mengenai alat komunikasi. Dimana seperti yang sedia maklum alat komunikasi pada zaman dahulu mempunyai pelbagai rupa dan bentuk sehinggalah ke zaman sekarang. Sungguh ketara perbezaan Gadjet rebutan ramai ini kerana hasil daripada perkembangan teknologi yang semakin maju dari masa ke semasa. Saya masih ingat dan kenal lagi telefon pada zaman dahulu dimana jika kita ingin menggunakannya, kita perlu memutar kesemua no. telefon yang tertera dimana ianya menjadi suatu proses yang menyusahkan dan melambatkan dari segi masa. Namun, hasil daripada kepakaran dan kepandaian pakai IT dan teknologi semakin hari kita lihat semakin banyak telefon yang canggih-canggih cara penggunaannya. Hanya menggunakan jari mahupun pen di Screen telefon tersebut, kesemua applikasi mahupun rangkaian boleh digunakan tanpa melambatkan masa dan lebih efisyen pada zaman serba terknologi ini. Dari segi penyimpanan juga, telefon pada zaman dahulu lebih besar dan sukar untuk disimpan, tetapi amat berbeza pada zaman sekarang dimana sekecil-kecil dan senipis-nipis telefon pintar boleh didapati dalam pasaran pada masa ini. Perbincangan bersama ahli kumpulan lain beserta tajuk-tajuk mereka dilakukan bersama-sama pada sesi kuliah. Di samping kita mencari maklumat tentang tajuk yang diberi untuk kumpulan kita, kita juga dapat menambah ilmu pengetahuan untuk tajuk-tajuk ahli kumpulan yang lain. Sungguh bermanfaat dan berguna bukan sahaja pada masa sekarang, tetapi masa akan datang. Antara medium dan cara untuk kami mendapat maklumat bagi tajuk yang diberi adalah dengan membuka web Google Scholar dimana melalui web ini segala maklumat dan info lebih meluas kerana melibatkan maklumat seluruh negara dan kebanyakan maklumat dalam Bahasa Inggeris. Kami mengambil sedikit masa dalam memahami segala isi penting daripada setiap jurnal atau petikan yang kami dapat. Antara cara lain adalah dengan melayari jurnalarticle.ukm.my. Dengan melayari web tersebut, pelbagai maklumat yang boleh kami dapat dengan cara yang lebih sistematik kerana setiap maklumat yang ingin dicari boleh diasingkan pencarian melalui tahun bilakah yang kita perlukan untuk sesuatu petikan, tajuk petikan yang diperlukan, "FULL TEXT" untuk setiap petikan amat penting kerana setiap maklumat diperlukan dalam mengeluarkan isi-isi penting dalam pembentangan pada minggu ke lapan (8) nanti.
Refleksi diri sendiri :-
1. Saya dan ahli kumpulan saya membuat analisis dengan cara merujuk kepada pelbagai sumber. Sebagai contoh menggunakan Google dengan menaip setiap tajuk yang ingin dicari dan setiap maklumat yang diperolehi ditapis agar sesuai mengikut tajuk yang kami dapat iaitu Kemahiran Abad Ke-21.
2. Kami telah merangka pelan tindakan aktiviti dengan membahagikan tugas kepada beberapa tugas yang penting. Sebagai contoh, jika saya sebagai pencari maklumat, dua orang rakan saya lagi akan menapis dan menambah maklumat yang didapati agar maklumat yang kami perolehi tersebut mempunyai input yang berkesan dan sesuai digunakan dalam bentuk kajian. Pelan tindakan juga selalunya kami akan berkomunikasi melalui aplikasi Whatsupp terhadap sesuatu tugas dan kerja.
3. Antara masalah yang kami hadapi adalah dalam memperoleh maklumat daripada sumber yang tepat dan sesuai dijadikan bahan rujukan kerana kebanyakan yang kami dapat adalah berbahasakan Indonesia dan kami terpaksa mengeluarkan isi-isi penting tersebut dan membuat rujukan kepada Cik Mazalah. Masalah lain pula timbul kerana tajuk yang kami dapat ini amat meluas pengisiannya dan hasil daripada kata sepakat satu pasukan dan nasihat daripada Cik Mazalah kami kecilkan skop kepada Kemahiran Pendidikan Abad Ke-21.
4. Bercerita mengenai perasaan saya rasakan benda ini amat menarik dilakukan lebih-lebih lagi kerja sebagai satu pasukan dan tipulah jika pada mulanya saya tidak berasa risau. Hal ini demikian kerana, setiap maklumat yang kami dapat tidak tepat dengan tajuk kami dan hasil usaha keras kami cari juga rujukan dengan pelbagai kaedah dan cara akhirnya perasaan risau tersebut bertukar kepada perasaan gembira kerana mampu menyelesaikannya dengan cemerlang dan mendapat pujian daripada rakan-rakan serta Cik Mazalah. Hilang penat dan segalanya, keran kami rasa penat kami berbaloi dengan hasil yang cemerlang untuk kajian tajuk ini.
5. Kami sentiasa berpuas hati dengan apa yang kami lakukan kerana setiap tugasan berkumpulan kami lakukan bersama-sama, jika perlu tidak tidur, kami sanggup lakukan kerana ingin memberikan yang terbaik antara satu sama lain. Daripada penghasilan kerja, saya boleh memberikan pujian kepada ahli kumpulan saya kerana telah melakukan dengan terbaik dengan isi dan maklumat yang mantap serta bersesuaian dengan tajuk yang kami dapat. Tahap keyakinan bagi kumpulan saya hasil daripada pemerhatian saya, saya nampak semangat kerjasama dan tidak pernah kenal erti putus asa dan tidak keterlaluan kalau saya cakap bahawa kumpulan saya telah memberikan 100% tenaga dan keyakinan dalam pengahasilan sesuatu tugasan yang cemerlang dan berkualiti.
Salam Ikhlas dari saya.
Sekian, Terima Kasih :)