Soal selidik Kemahiran Abad Ke-21 !!!
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Bertemu kita semula pada minggu ke-7. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas walaupun dengan keadaan jerebu yang teruk melanda UKM. Pada minggu ini, kami diberi tugasan dengan membuat soal selidik berkaitan dengan tajuk yang kami terima pada minggu ke-6. Saya sebagai salah sorang ahli dalam kumpulan 4 mendapat tajuk Kemahiran Abad Ke-21 dan kami sepakat dan sebulat suara memilih tajuk Pemahaman Tentang Kemahiran ICT pada abad Ke-21 dalam kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kami perlu berbincang dan mencari maklumat mengenai :-
Serba sedikit tujuan kami memilih tajuk ini bagi mengetahui tahap penggunaan ICT dan bidang pengkomputeran dalam kalangan pelajar UKM sendiri dan cara atau langkah yang boleh dibantu bagi meningkatkan tahap kemahiran serta kepakaran mereka dalam bidang ICT. Kajian soal selidik ini berfokus kepada pelajar daripada Fakulti Pendidikan seperti Sukan dan Rekreasi, TESL dan pelajar Pendidikan Khas sendiri dalam memberi pendapat dan pandangan serta yang paling penting menjawab soal selidik yang diberi. Kami juga dalam merangka kerja dan proses membuat pembentangan mengenai Kemahiran Abad Ke-21 yang akan kami bentang pada 27.10.2015. Bermacam dan bercampur-baur perasaan yang kami hadapi, risau, teruja, takut tapi apakan daya ini semua dugaan dan cabaran dalam mengecapi kejayaan pada masa akan datang. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa halangan yang mencabar. Doakan kejayaan kami pada hari pembentangan nanti.

- Penyataan Masalah
- Tujuan Kajian
- Objektif Kajian
- Persoalan Kajian
- Sampel Kajian
- Kaedah Pengumpulan Data
- Instrumen Kajian
- Dapatan Kajian
- Rumusan
- Rujukan