Hari Pembentangan Kemahiran Abad Ke-21 !!!
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Alhamdulillah masih diberi peluang dalam bernafas sehingga bertemu semula pada minggu ke-8. Debaran dan bercampur-baur perasaan semakin dirasai apabila hari ini merupakan hari pembentangan buat kumpulan kami. Kami sempat berbincang dan berkongsi idea agar pembentangan kami berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Tepat pukul 2.20pm, pensyarah kami Cik Mazalah hadir ke kelas dan minta kumpulan kami memulakan pembentangan mengenai Kemahiran Abad Ke-21. Segala proses pembentangan telah kami bahagikan mengikut bahagian masing-masing seperti pengenalan, isi-isi penting, soalan, kesimpulan dan pelbagai lagi. Tibalah giliran saya dalam menyampaikan isi-isi penting berkenaan dengan tajuk ini, perasaann yang amat mendebarkan dan takut kerana bercakap depan orang ramai walaupun rakan sekelas. hehehe. Lebih kurang 20minit kami mengambil masa melakukan pembentangan dan apa yang lebih menarik setiap kumpulan yang bakal membuat pembentangan perlulah menyediakan lebih kurang 6 soalan untuk diajukan dan dikemukakan kepada rakan sekelas. Ini adalah kerana, dapat melihat tahap kepekaan mereka dan kefahaman mereka mengenai tajuk yang diberi. Kami mencari kreativiti dan aktiviti yang menyeronokkan dengan memberi sesiapa sahaja yang dapat menjawab soalan dengan betul mereka akan dapat sebatang coklat Choki-Choki. hehehe. Sebelum terlupa, kumpulan kami diadili dan diberi markah daripada rakan-rakan kami sendiri. Mereka yang menilai tahap kami dalam melakukan pembentangan sama ada jelas ataupun tidak, betul, menarik ataupun tidak dan salah seorang wakil daripada mereka memberi sedikit komen berkenaan dengan kumpulan kami dan diakhiri oleh komen daripada pensyarah kami sendiri iaitu Cik Mazalah Binti Ahmad. Tiba pada aktiviti untuk minggu ini adalah dengan membuat Google Forms daripada Google. Kami diajar cara dan proses dalam melengkapkan dan membuat Google Forms dengan kemas dan menarik. Elemen yang perlu ada dalam Google Forms tersebut adalah mengikut kreativiti daripada setiap ahli kumpulan masing-masing dan perkara yang perlu ditekankan adalah mengenai persoalan kajian yang dibuat dalam laporan mengenai Kemahiran Abad Ke-21. Kami juga diminta memuat naik ke Forum GE1155 dan megharapkan 'feedback' daripada rakan-rakan yang lain dalam menjawab persoalan kami. Kalau dapat kita lihat, pelbagai kaedah dan rupa setiap Google Forms yang dibuat oleh para pelajar. Kebanyakan semua menarik dan menarik minat para pelajar lain dalam menjawabnya.
salam ikhlas daripada saya
sekian, terima kasih