GE1155UKM.WEEBLY.COM ? FORUM? LMS? CMS?
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Sentiasa dinantikan kelas Komputer Dalam Pendidikan ini hari demi hari kerana saya rasa subjek ini sedikit sebanyak mengurangkan stress dan masalah yang dihadapi sepanjang kuliah. Kelas pada petang ini dimulakan dengan kami diwajibkan untuk membuat signature pada laman web GE1155UKM.WEEBLY.COM di bahagian Forum. Ini kerana, kami perlu melibatkan diri dalam forum bersama-sama rakan dari kursus yang lain dan forum yang dibincangkan ialah Salam Perkenalan dari Dr. Fariza. Serba sedikit maklumat diri kami kongsikan dalam forum tersebut antaranya ialah nama, asal, jurusan dan pelbagai lagi yang menarik. Hampir 15 minit kami meluang masa bersama-sama dalam forum tersebut. Aktiviti pada petang ini diteruskan dengan kami diberi Tugasan 2 dengan tajuk Learning Management System (LMS) dan Course Learning System (CMS) yang perlu dihantar selewat-lewatnya Isnin minggu hadapan. Kami diminta duduk bersama-sama ahli kumpulan dan mencari segala maklumat penting yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Proses mencari maklumat menjadi sangat seronok kerana hasil kerjasama dan kesepakatan yang jitu antara satu sama lain dalam mendapatkan maklumat yang betul dan mudah difahami. Nasihat dan bimbingan dari Cik Mazalah amat membantu kami dalam merangka Laporan Tugasan 2 ini agar hasilnya siap dengan berjaya dan cemerlang. Segala isi kandungan tugasan ini dibahagikan secara adil antara satu sama lain. Sedang leka mencari maklumat, Cik Mazalah memanggil para pelajar dari setiap kumpulan bagi memperlihatkan Weebly masing-masing. Pelbagai rupa bentuk, gambar dan corak bagi menarik minat orang lain melayari blog Weebly seseorang. Apa yang menarik adalah, kami dapat melihat dengan jelas sekiranya terdapat rakan-rakan yang membuat silap seperti salah pengejaan, salah letak pages dan lain-lain seterusnya sama-sama menegur kesalahan tersebut dalam menghasilkan satu Weebly yang berkualiti. Silaturrahim dan ukhwah antara kami bertambah erat hari demi hari dan utuh antara satu sama lain. Proses pembelajaran menjadi seronok, riuh rendah dengan pelbagai ragam para pelajar. Satu kenangan yang tidak dapat dijual beli mahupun ditimbang kati. hehehe.
Salam Ikhlas dari saya.
Sekian, Terima Kasih :)