Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi !!!
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Kita berjumpa lagi di Minggu Ke-9. Alhamdulillah proses pembelajaran untuk subjek ini berjalan dengan lancar dan berjaya sehingga ke hari ini. Terima kasih Cik Mazalah kerana layan karenah dan perangai kami satu kelas. hehe. Untuk minggu ini kami mendengar pembentangan pelajar daripada Kumpulan 1 membincangkan tentang tajuk seperti yang tertera di atas. Sesi pembentangan dan perbincangan berjalan dengan seronok sekali kerana melibatkan hubungan dua hala di antara pihak pembentang dan rakan-rakan lain yang fokus mendengar untuk menjawab soalan yang bakal ditanya selepas habis sesi pembentangan. Sedikit sebanyak dengan adanya tajuk ini, segala maklumat dan persoalan khususnya berkaitan dengan ICT terjawab. Sebagai contoh, sebelum ini kita hanya tahu menyebut papan kekunci, tetikus, mesin mengimbas,, monitor / LCD monitor, pembesar suara dan lain-lain, namun tahukah kita ianya terdiri daripada beberapa peranti dimana :-
a. Peranti Input - papan kekunci, tetikus, mesin mengimbas
b. Peranti Output - monitor / LCD monitor, pembesar suara, pencetak
Teknologi Maklumat juga bermaksud menyebar, mencari dan mendapatkan maklumat manakala perisian pula boleh dikategorikan sebagai perisian sistem pengendalian, aplikasi dan utiliti. Sedikit perkongsian berkenaan dengan fungsi utama ICT adalah :-
a. ICT sebagai Alat
b. ICT sebagai fungi Ilmu Pengetahuan
c. ICT sebagai bahan dan alat bantu pelajar
Kepentingan ICT pula ialah :-
a. Meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara yang sistematik dan teratur
b. Membantu dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)
c. Sebagai alat untuk ramalan cuaca dan panduan pelayaran
d. Hubungan melibatkan negara-negara lain atau dengan lebih tepat hubungan antarabangsa
Bercerita mengenai aktiviti untuk minggu ini, kami diminta untuk membuat dapatan kajian yang hanya direka untuk memahirkan penggunaan Microsoft Excel dimana kami diminta untuk membuat :-
1. Memasukkan segala maklumat ke cell dalam Excel - disini kami didedahkan bagaimana untuk menulis, 'centre' kan setiap nama dan maklumat yang terlibat.
2. Mengira
a. Max
b. Min
c. Median
d. Average
e. Mode
3. Dengan adanya kesemua data dan maklumat., kami diminta membuat carta mengenai kajian yang dibuat
4. Carta tersebut diwarnakan dan dicantikkan mengikut kreativiti masing-masing bagi menarik minat orang melihatnya
Kami juga perlu membuat satu lagi salinan mengenai kajian juga dimana menggunakan kaedah yang berbeza. Tadi kami menggunakan Microsot Excel, namun kajian yang kedua kami diminta untuk membuat menggunakan Google Sheets.