Apa itu Weebly? Apakah pula yang dimaksudkan dengan Google Drive?
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Alhamdulillah, tanpa sedar hari ini sudah masuk kelas kedua kami dalam subjek ini tapi kali ini kelas diadakan di Makmal 5 disebabkan terdapat masalah teknikal. Kemesraan kami sebagai rakan dan sabahat di dalam kelas makin akrab serta ukhwah yang terjalin menjadi semakin rapat antara satu sama lain. Setelah kedatangan diambil, kelas pun bermula dengan kami diminta duduk mengikut kumpulan bagi tujuan perbincangan idea dan point-point menarik untuk assignment pertama kami dengan tajuk Komputer sebagai Guru, Pelajar dan Pengajar. Segala idea dicurahkan dengan bernas sesama kami dalam memberikan yang terbaik terhadap assignment ini dan masing-masing bertanggungjawab menyalin isi-isi yang penting sesuai dengan tajuk yang diberi. Hampir 15 minit kami membuat perbincangan bersama-sama ahli kumpulan dan tibalah pada aktivit yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar iaitu membuat Weebly dengan cara :-
1. Sign-up bagi membuat pendaftaran baru dengan memasukkan id login dan kata laluan masing-masing
2. Memasukkan site address istimewa untuk diri sendiri bagi tujuan perkongsian bahan-bahan maklumat ataupun nota yang penting daripada pelajar-pelajar mahupun pages, blog yang memudahkan urusan pembelajaran bersama pelajar-pelajar lain
3. Setelah selesai, kami diminta edit Weebly kami sendiri mengikut kehendak dan kemahuan masing-masing kerana pelbagai jenis background, theme, fonts dan pelbagai lagi yang menarik. Ini bertujuan manambah cantik dan menarik minat orang lain dalam mendapatkan ilmu mahupun maklumat yang penting daripada Weebly kita
4. Selain itu, kami diminta membuat 3 pages utama di dalam Weebly masing-masing iaitu :
a. Refleksi / My Reflection
b. Tugasan / Assignment
c. Biodata diri sendiri, Coretan Diri
5. Tibalah masa untuk kami memanaskan jari jemari kami dengan menaip segala maklumat untuk pages-pages yang dibuat
6. Sedikit maklumat yang dikongsi pada ruangan Coretan Diri kepada rakan-rakan yang berkunjung ke Weebly saya bagi mengenali saya dengan lebih rapat dan berkongsi ilmu yang berguna ke arah matlamat kejayaan yang cemerlang suatu hari kelak
7. Untuk ruangan refleksi pula, kami diminta menaip dan berkongsi aktiviti yang dilakukan pada setiap kuliah minggu ke minggu sehinggalah ke kuliah yang terakhir pada hujung semester ini
8. Ruang atau pages assignment pula, adalah tempat untuk kami mengemukakan segala kerja atau tugasan yang diberi oleh pensyarah sepanjang semester ini
Ilmu yang paling bernilai dan berharga bagi saya adalah kami didedahkan dengan lebih mendalam tentang penggunaan Google Drive dimana aplikasi ini amat berguna lebih-lebih lagi kehidupan sebagai pelajar kerana segala nota, maklumat, info-info berguna boleh disimpan dan yang paling menarik maklumat yang sama juga diterima oleh pelajar lain. Konsep ini amat relevan pada masa sekarang kerana dengan adanya teknologi ini para pelajar boleh membuat perbincangan dan berkongsi idea yang menarik tentang pelajaran bersama para pelajar lain serta segala ilmu boleh ditambah dengan automatik sekiranya merasakan maklumat yang dikongsi kurang pengisiannya. Secara jujurnya, pada peringkat awal terasa diri ini kekok dan serba tidak kena kerana baru pertama kali belajar Google Drive dengan lebih mendalam. Namun, dorongan dan sokongan daripada sahabat lain serta Cik Mazalah sendiri selaku pensyarah dalam subjek ini amat membantu menambahkan lagi pengetahuan serta potensi diri dalam mempelajari aplikasi ini dengan lebih berkesan seterusnya dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat pada masa akan datang ke arah kecemerlangan dan kejayaan.
Salam Ikhlas dari saya.
Sekian, Terima Kasih :)