Hari Pembentangan yang terakhir !!!
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Kita berjumpa semula pada minggu ke-12. Pada minggu ini kami dipersembahkan dengan dua kumpulan melakukan pembentangan mengenai Perisian Asal dan Perisian Berlesen serta kumpulan yang cukup panas dan padat membuat pembentangan tajuk Keselamatan Komputer dan Internet. Pelbagai maklumat dan info yang telah kami dapat hasil daripada pembentangan kedua-dua kumpulan ini. Sebagai contoh, serba sedikit pengenalan mengenai Perisian Asal membawa maksud tidak boleh ditiru dan diolah semula dan yang paling penting ianya percuma serta tidak meniru mana-mana perisian yang lain. Perisian berlesen pula lebih membawa kepada maksud persetujuan syarat hak penggunaan perisian antara pemilik dan pengguna. Apa yang ingin saya tekankan, setiap perlakuan dan perbuatan kita khususnya dalam mencetak rompak perisian tersebut akan didenda paling kurang berjumlah RM 10,000 ringgit dan denda 5 tahun penjara. Berbalik kepada tajuk kedua berkenaan dengan Keselamatan Komputer dan Internet, banyak input menarik yang saya dapat dan yang paling penting ialah mengenai serangan virus terhadap sistem pengkomputeran seperti Trojan, Timebomb dan banyak lagi dimana kesemua nama tersebut saya tidak tahu sebelum ini. ehehehee. Kumpulan ini juga turut menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan akta atau denda yang bakal diberikan kepada sesiapa yang merupakan pesalah siber dan secara tidak langsung masalah berkenaan dengan undang-undang siber dapat dikurangkan dari masa ke semasa. Aktiviti petang ini menjadi lebih menarik adalah kerana kami bersoal jawab antara satu sama lain bersama dengan rakan-rakan yang membuat pembentangan dan rujukan dibuat kepada Cik Mazalah selaku pensyarah bagi setiap persoalan yang ditanya. Setelah selesai pembentangan daripada kedua-dua kumpulan ini, kami diminta menyambung semula Tugasan 6 iaitu dengan membuat satu brosur berkenaan dengan Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS). Pelbagai bentuk dan warna yang dapat dilihat hasil daripada rakan-rakan yang lain dan kami diminta untuk memuat naik brosur tersebut ke IFOLIO masing-masing dan perlu menilai brosur rakan-rakan yang lain. Kebanyakan mereka mengikut konsep CASPER dan apa yang lebih menarik setiap maklumat dan input yang diberikan amat jelas dan mudah difahami mengikut tajuk masing-masing. Dibawah ini serba sedikit brosur yang dihasilkan oleh rakan-rakan saya, corak yang amat menarik perhatian setiap pembaca. Dengar cerita, siapa yang komen dan memberi pendapat yang membina akan ada markah bonus. ayuhhh ! jom kita komen rakan-rakan kita punya brosur. Saya pun mengharapkan mereka komen brosur saya. ehehheee. sehingga ketemu lagi di minggu hadapan.
sekian, terima kasih.
salam ikhlas daripada saya