Sesi perkenalan sesama rakan-rakan Komputer Dalam Pendidikan (GGGE1155)
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Alhamdulillah. Sungguh tidak sabar rasanya untuk memulakan kuliah bagi subjek ini kerana dengan adanya subjek ini, bagi saya para pelajar dapat mengurangkan stress atau masalah yang dialami sepanjang berlangsungnya kuliah. Minggu ini merupakan minggu pertama kami atau lebih dikenali sebagai minggu orientasi bagi subjek Komputer dalam Pendidikan. Serba sedikit maklumat dan pengisian yang menarik telah disampaikan oleh Dr. Fariza berkenaan dengan subjek ini. Kami juga diperkenalkan dengan para pensyarah bagi subjek ini dan yang paling penting kami mendapat penerangan yang cukup padat dan berilmu dari Dr. Fariza sendiri seterusnya dapat memudahkan kami membuat perancangan awal tentang subjek ini sama ada persediaan daripada tugasan yang diberi mahupun perbincangan berkumpulan semasa dalam kelas. Kami diberi pilihan untuk memilih kumpulan beserta pihak pensyarah sendiri. Saya mendaftar bagi Kumpulan SE2 bersama Cik mazalah Binti Ahmad. Pada mulanya saya rasa takut dan agak pemalu kerana pada pandangan saya, Cik Mazalah nampak tegas dan garang sebagai seorang pensyarah, namun benarlah kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'. Ungkapan yang cukup manis kepada Cik Mazalah kerana ternyata beliau bukan seorang yang begitu kerana bagi saya beliau seorang yang mudah didekati dan tidak kekok untuk berurusan dengan beliau sekiranya terdapat masalah berbangkit. Buat pengetahuan semua, kelas kami diadakan pada setiap hari Selasa, jam 2:00pm-5:00pm di Makmal Komputer 4.
Salam perkenalan dan ikhlas daripada saya.
Sekian, Terima Kasih :)