Saya rindu dengan rakan-rakan saya !!!
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Hai semua, kita berjumpa lagi pada minggu ke-13. Sedar tidak sedar minggu hadapan merupakan minggu terakhir sesi kuliah dan sehubungan dengan itu juga minggu terakhir bersama pensyarah kesayangan kami iaitu Cik Mazalah Binti Ahmad serta rakan-rakan kelas yang ceria. Pada hari ini, kami meneruskan aktiviti dengan membalas dan memberi sedikit pendapat brosur daripada rakan-nnrakan kami yang dimuatnaik dalam IFOLIO. Pelbagai corak dan warna yang menarik yang dihasilkan oleh rakan-rakan kami dimana brosur mereka juga boleh digunakan sebagai bahan rujukan yang efektif serta bahan bantu belajar. Selain itu, kami juga diterangkan mengenai senarai semak tugasan GE1155 (Komputer Dalam Pendidikan) dimana saya rasa ianya amat penting buat kami semua. Hal ini demikian kerana, kami dapat menyemak semula semua tugasan yang perlu dilengkapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Alhamdulillah bagi saya, dengan adanya senarai semak ini ianya dapat memudahkan proses semakan dilakukan dan amat saya berharap agar segala tugasan ini mendapat tempat di mata para pensyarah khususnya Cik Mazalah selaku pensyarah saya serta mendapat markah yang cemerlang. Doakan saya semua :) Kami juga mendapat tugasan untuk membuat video berdasarkan tajuk yang kami bentang pada Tugasan 3 dan saya telah mendapat tajuk Kemahiran Abad Ke-21. Kami telah berbincang dan sebulat suara ingin meletakkan serba sedikit maklumat yang ada dalam slide pembentangan kami sebagai bahan untuk dimasukkan dalam video. Antara aplikasi untuk membuat video adalah seperti Powtoon, Movie Maker, Vegas Movie Editor dan lain-lain. Doakann kami semua berjaya dunia akhirat. Semoga ketemu lagi pada minggu hadapan :)
Refleksi diri sendiri :-
1. PowToon merupakan ilmu baru yang saya pelajari dan saya baru tahu ada juga cara untuk menghasilkan sebuah video yang kreatif dan penuh dengan ilmu secara tidak langsung bertindak sebagai alat bantu belajar yang berkesan. Saya juga seperti biasa membuat rujukan daripada Google, Google Image dan tidak lupa juga Youtube dengan melihat dan belajar setiap prosedur bagi menghasilkan sebuah video yang menarik kerana pelbagai animasi dan bentuk serta corak boleh kita gunakan dalam memberikan yang terbaik dalam sesebuah video yang dihasilkan.
2. Untuk penghasilan video ini salah seorang ahli dalam kumpulan saya bertindak sebagai ketua kerana saya rasa beliau layak disebabkan tahap kemahiran beliau dalam penggunaan PowToon cukup tinggi dibandingkan dengan saya yang kurang mahir. Saya telah ditugaskan untuk mencari idea dan point-point menarik yang ingin dimuatnaik dalam video tersebut. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan saya secara tidak langsung perolehi ilmu baru dalam penghasilan video yang menarik dan kreatif.
3. Masalah yang timbul adalah ingin memilih animasi, warna, kartun yang sesuai dan bermacam lagi bagi menghasilkan video yang kreatif dan menarik minat penonton melihatnya. Bermacam pendapat dan pandangan dan akhirnya ketua menggunakan kuasa veto beliau dalam memilih yang sesuai. Kami berdua terpaksa akur namun tetap ceria dan seronok kerana teruja kali pertama menggunakan PowToon ini.
4. Perasaan yang bercampur aduk pada permulaan video hendak dihasilkan kerana kami terpaksa membahagikan tugas dengan assignment yang perlu dihantar pada tarikh yang ditetapkan dan penghasilan video ini juga perlu dilakukan dengan teliti bagi mendapatkan yang terbaik. Perasaan risau tersebut seakan reda dengan ketua kami telah memuat naik video kami ini dan dipertontonkan sesama kami. Saya berasa amat gembira kerana penat lelah saya dah ahli kumpulan terbayar dengan penghasilan video yang menarik dan besar harapan kami agar ianya memberi manfaat kepada sesiapa saja yang menontonya.
5. Kami sentiasa berpuas hati dengan apa yang kami lakukan kerana setiap tugasan berkumpulan kami lakukan bersama-sama, jika perlu tidak tidur, kami sanggup lakukan kerana ingin memberikan yang terbaik antara satu sama lain. Daripada penghasilan kerja, saya boleh memberikan pujian kepada ahli kumpulan saya kerana telah melakukan dengan terbaik dengan isi dan maklumat yang mantap serta bersesuaian dengan tajuk yang kami dapat. Tahap keyakinan bagi kumpulan saya hasil daripada pemerhatian saya, saya nampak semangat kerjasama dan tidak pernah kenal erti putus asa dan tidak keterlaluan kalau saya cakap bahawa kumpulan saya telah memberikan 100% tenaga dan keyakinan dalam pengahasilan sesuatu tugasan yang cemerlang dan berkualiti.
sekian, terima kasih
salam ikhlas daripada saya