Minggu Ke-14 !!!
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Hari yang paling menyedihkan bagi saya kerana hari ini merupakan hari terakhir kelas Komputer Dalam Pendidikan bersama pensyarah kesayangan kami iaitu Cik Mazalah Ahmad. Secara jujurnya, banyak yang telah saya pelajari bersama rakan-rakan baik daripada segi pengkomputeran malah kesemua software serta aplikasi yang biasa digunakan pada era serba teknologi dan inovasi ini. Pelbagai kisah sedih dan gembira saya perolehi sepanjang sesi kuliah bersama rakan-rakan yang penuh sporting dan kadang kala agak menyeronokkan bagi saya serta bagi saya kelas ini adalah satu-satunya kelas yang dapat mengurangkan stress semasa belajar kerana setiap aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan dan tidak memerlukan tumpuan yang sepenuhnya kerana Cik Mazalah kata asalkan korang hepy, saya pun hepy. hehehe. Berat kaki untuk tidak menghadiri kelas ini pada setiap hari Selasa jam 2.00PM-5.00PM. Tiada lagi gelak tawa berkongsi idea bersama Cik Mazalah dan rakan-rakan lain. Saya amat berharap agar kami dapat dipertemukan pada masa akan datang dan dapat berkumpul bersama seperti sesi kuliah sepanjang 14 minggu berlangsung. Sehingga ketemu lagi guys. Saya berdoa dan sentiasa berharap kita sama-sama berjaya dunia akhirat dan mencapat segala apa yang diimpikan dan paling penting membalas segala jasa baik ibu ayah serta keluarga dalam membesarkan kita sehingga ke hari ini. Buat Cik Mazalah, jasa dan sumbangan anda amat saya hargai dan kalau boleh halalkan segala ilmu yang pernah Cik Mazalah beri dan maafkan atas segala kesilapan baik yang nampak mahupun yang tidak sengaja. Saya sayang anda semua. Semoga kita sama-sama mendapat syafaat dan sentiasa diberkati olehnya. Saya akan sentiasa rindu insan-insan dibawah ini terutama sekali Cik Mazalah.
Refleksi diri sendiri :-
1. PowToon merupakan ilmu baru yang saya pelajari dan saya baru tahu ada juga cara untuk menghasilkan sebuah video yang kreatif dan penuh dengan ilmu secara tidak langsung bertindak sebagai alat bantu belajar yang berkesan. Saya juga seperti biasa membuat rujukan daripada Google, Google Image dan tidak lupa juga Youtube dengan melihat dan belajar setiap prosedur bagi menghasilkan sebuah video yang menarik kerana pelbagai animasi dan bentuk serta corak boleh kita gunakan dalam memberikan yang terbaik dalam sesebuah video yang dihasilkan. Penghasilan video tersebut dengan membuat rujukan pada Tugasan 3 yang bertajuk Kemahiran Abad Ke-21 dalam Pendidiakan.
2. Untuk penghasilan video ini salah seorang ahli dalam kumpulan saya bertindak sebagai ketua kerana saya rasa beliau layak disebabkan tahap kemahiran beliau dalam penggunaan PowToon cukup tinggi dibandingkan dengan saya yang kurang mahir. Saya telah ditugaskan untuk mencari idea dan point-point menarik yang ingin dimuatnaik dalam video tersebut. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan saya secara tidak langsung perolehi ilmu baru dalam penghasilan video yang menarik dan kreatif. Segala isi penting dan maklumat adalah berkenaan dengan Kemahiran Pendidikan Abad Ke-21 dimana merangkumi semua aspek-aspek penting yang mungkin boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang.
3. Masalah yang timbul adalah ingin memilih animasi, warna, kartun yang sesuai dan bermacam lagi bagi menghasilkan video yang kreatif dan menarik minat penonton melihatnya. Bermacam pendapat dan pandangan dan akhirnya ketua menggunakan kuasa veto beliau dalam memilih yang sesuai. Kami berdua terpaksa akur namun tetap ceria dan seronok kerana teruja kali pertama menggunakan PowToon ini. Saya juga bermasalah dalam memastikan video kami ini sesuai atau tidak dengan tajuk yang kami dapat kerana tajuk kami pengisiannya meluas dan tindakan mengecilkan skop kepada pendidikan Abad Ke-21 ternyata satu usaha yang wajar dipuji hasil kebenaran daripada Cik Mazalah selaku pensyarah kesayangan kami.
4. Perasaan yang bercampur aduk pada permulaan video hendak dihasilkan kerana kami terpaksa membahagikan tugas dengan assignment yang perlu dihantar pada tarikh yang ditetapkan dan penghasilan video ini juga perlu dilakukan dengan teliti bagi mendapatkan yang terbaik. Perasaan risau tersebut seakan reda dengan ketua kami telah memuat naik video kami ini dan dipertontonkan sesama kami. Saya berasa amat gembira kerana penat lelah saya dah ahli kumpulan terbayar dengan penghasilan video yang menarik dan besar harapan kami agar ianya memberi manfaat kepada sesiapa saja yang menontonya. Semasa video ini diahasilkan kami terpakasa berbicang dan sentiasa berinteraksi dengan lebih kerap agar video ini mampu menarik minat para pelajar dan sesiapa saja yang menontonnya dan yang amat kami harap perolehi sesuatu maklumat yang bermanfaat hasil daripada video yang kami hasilkan.
5. Pujian dan kata-kata semangat wajar diberikan kepada kami sebagai satu ahli kumpulan kerana telah berusaha keras dalam menghasilkan video Kemahiran Abad Ke-21 ini. Penglibatan 100% daripada setiap ahli kumpulan dan kami berasa amat berpuas hati dengan apa yang kami laksanakan. Tahap keyakinan kami juga ketika menghasilkan video ini amat tinggi kerana kami tidak melekatakkan sebarang tekanan ketika video ini dihasilkan, kerana harapan kami cuma rakan-rakan dapat perolehi sesuatu walaupun tidak banyak, cukuplah sekadar mereka boleh mengupas serba sedikit apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Abad Ke-21 dan boleh menjawab pertanyaan dengan jawapan yang yakin dan tepat.
Sekian, terima kasih
Salam Ikhlas daripada saya :)