Apakah yang dimaksudkan denga CASPER?
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Bertemu kita semula pada minggu ke-6. Pada minggu ini kami perlu mencari maklumat berkenaan dengan CASPER iaitu satu kaedah yang meliputi pelbagai aspek dalam menjadikan Slide Show setiap tugasan yang dibuat menjadi cantik dan berkualiti serta dapat menarik minat orang ramai membacanya. CASPER juga dapat membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, audio, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan Antara elemen yang terdapat dalam CASPER ialah :-
C : Contrast
A : Alignment
S : Simplicity
P : Proximity
E : Emphasis
R : Repetition
Contrast - warna, imej, tipografi (font) dan yang paling penting adakah slide yang kita buat mempunyai kontras yang jelas dan senang untuk dibaca oleh orang lain. Penggunaan warna kontra ( warna gelap warna terang) hitam dan merah serta perbezaan font
Alignment - lebih kepada penyusunan imej, jadual, video dan lain-lain dimana ianya disusun secara sejajar dan tidak mengganggu maklumat atau isi-isi penting yang lain dan kelihatan seimbang
Simplicity - permudahkan segala maklumat untuk dibaca dan difahami seperti penggunaan font standard (calibry, times new roman)
Proximity - jarak antara teks, jarak antara grafik, jarak antara teks dan grafik dimana kesemua jarak-jarak ini perlu ada kesinambungan antara satu sama lain bagi menampakkan isi-isi penting dan maklumat penting dalam Slide yang dibuat
Emphasis - memberi penekanan kepada sesuatu yang penting seperti Tajuk yang perlu di BOLD kan bagi menampakkan penekanan terhadap tajuk tersebut dan mungkin boleh di BOLD kan juga pada isi-isi penting dalam setiap Slide yang dibuat
Repetition - penggunaan sesuatu secara berulang. contoh penggunaan tema bagi setiap slide adalah sama bagi menampakkan keseragaman dan menarik minat orang lain membacanya dan pengulangan perlu digunakan dimana-mana sahaja
jika perlu
Aktiviti minggu ke-6 kami diteruskan dengan membincangkan tajuk yang telah kumpulan kami terima pada minggu lepas iaitu, Kemahiran Abad Ke-21. Kami telah menyemak dan mencari isi-isi penting dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang kami terima. Video yang berkaitan dengan tajuk kami juga mungkin adan dilampirkan bersama dalam slide semasa tarikh dan hari pembentangan nanti. Pesyarah kami iaitu, Cik Mazalah telah menerangkan dengan lanjut pemarkahan bagi pembentangan ini dan kami telah sebulat suara akan memberikan yang terbaik pada 27.10.2015 nanti iaitu hari pembentangan kami. Doakan kami wahai sahabat-sahabat mulia. hehe.
Refleksi diri sendiri :-
1. Bagi saya tugasan mengenai tajuk CASPER amat menarik sekali kerana sepeti sedia maklum, CASPER pada dulu kala merupakan satu rancangan televisyen berbentuk kartun yang menjadi ikutan ramai anak-anak kecil termasuklah saya dan amat memeranjatkan CASPER digunakan sebagai akronim dalam persembahan media yang berkesan. Pelbagai sumber pencarian kami cuba cari seperti Google dengan menaip prinsip CASPER dalam pembentangan dan hasilnya amat memberangsangkan sehinggakan saya dan ahli kumpulan tidak tahu memilih mana satukah point atau maklumat yang tepat mengenai penggunaan CASPER yang sebenar.
2. Kami telah merancanakan setiap tugasan dengan membahagikan kerja antara satu sama lain. Saya telah ditugaskan mengaplikasikan apa yang didefinisikan sebagai penggunaan CASPER terhadap slide pembentangan saya berkenaan Kemahiran Pendidikan Abad Ke-21. Manakala dua orang rakan saya bertindak sebagai penggerak utama dengan memberi dan mencari maklumat yang berkaitan tentang prisip penggunaan CASPER dan mereka juga bertindak dengan melihat setiap slide adakah mengikut konsep yang sebetulnya seperti penggunaan CASPER yang sebenar. Secara tidak langsung, tugas kami sebagai satu pasukan menjadi lebih mudah kerana masing-masing sudah tahu tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam memberikan yang terbaik dalam setiap tugasa yang diberi.
3. Untuk tugasan ini saya merasakan kurang masalah berlaku selain daripada mencapai kata sepakat dalam memilih design mahupun tema bagi setiap slide yang ingin dihasilkan agar mengikut kriteria penggunaan CASPER yang sebenar. Namun jalan yang diambil adalah dengan sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain supaya setiap pergerakan kerja berlaku dengan aktif antara satu sama lain dalam memberikan yang terbaik.
4. Kami melakukan setiap tugasan dengan perasaan gembira dan seronok, baik daripada permulaan kerja dibuat sehinggalah kerja tersebut selesai dengan jayanya kerana sebelum kelas bermula kami berborak mengenai tajuk ini dan saya bertindak sebagai ketua selalu berpesan agar setiap kerja dilakukan dengan seronok tanpa sebarang tekanan. Bak kata Cik Mazalah, "saya ingin pelajar saya bekerja dan melakukan tugasan dengan cara seronok, tak nak tension-tension". Oleh hal yang demikian, kami sedikit sebanyak berpegang pada kata-kata daripada Cik Mazalah tersebut.
5. Kami sentiasa berfikiran positif pada setiap kerja yang dihasilkan supaya kerja yang dihasilkan itu berjaya dan amat kami harapkan agar kerja kami ini dapat memberikan manfaat kepada sesiapa saja agar konsep ilmu itu berterusan dari semasa ke semasa antara seorang individu kepada individu yang lain. Tidak keterlaluan jika saya nyatakan kami telah memberikan keyakinan dan kerjasama 100% antara satu sama lain dalam memberikan yang terbaik kepada setiap kerja mahupun setiap tugasan.
Salam Ikhlas daripada saya
Sekian, Terima Kasih.